الثلاثاء، 17 جمادى الأولى، 1430 هـ

Sebutan Arab



Antara keistimewaan bahasa Arab ialah dari segi sebutannya. Bahasa Arab mempunyai 28 huruf dan setiap huruf mempunyai makhraj atau tempat keluar tersendiri dari hujung halkum hinggalah ke bibir. Setiap lafaznya mempunyai ikatan teguh antara satu dengan lain yang memberinya keseimbangan suara yang keluar disertai pula dengan rentak irama dan makna dalaman yang menjadikannya suatu bahasa yang cukup indah dan menarik.

Hakikat ini diperakui oleh ramai pengkaji bahasa termasuk para orientalis zaman ini. Contohnya di dalam suatu lafaz Arab tidak terkumpul 2 huruf yang hampir makhrajnya seperti huruf zai dan zo, ha dan kho, jim dan qaf yang menjadikannya tidak enak untuk didengari.

Sementara berkumpulnya huruf-huruf tertentu memberi makna tertentu seperti huruf sin dan ra apabila disatukan membawa makna yang tersembunyi, manakala apabila huruf fa yang memberi makna fasih dan terang apabila ditambah kepada huruf sin dan ra menjadikan maknanya : menerangkan yang tersembunyi. Ciri inilah yang menjadikannya muncul sebagai bahasa puisi yang terkenal dan lahir para penyair yang agung dan diiktiraf. Syair dan puisi Arab turut menjadi sumber bahasa ini yang utama selain dari al-Quran dan Hadith Nabi.

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق