الثلاثاء، ١٧ جمادى الأولى ١٤٣٠ هـ

Penomboran Arab







Adakah anda terfikir angka-angka yang selalu kita gunakan dalam kehidupan kita seharian untuk mengira wang, barang dan sebagainya sebenarnya angka yang berasal dari bangsa Arab? Tentu anda tidak percaya bukan? Anda mungkin akan mengatakan nombor atau angka Arab ialah nombor yang digunakan dalam tulisan jawi. Apakah anda mengetahui sejarah pernomboran? Mari kita tinjau dengan lebih mendalam.

Manusia sejak dari dulu lagi menghitung apa yang ada dipersekitaran mereka. Banyak peristiwa yang berlaku dahulukala dapat dikesan daripada riwayat-riwayat mereka terutamanya yang berkenaan dengan tahun. Walaubagaimanapun simbol-simbol yang mereka gunakan untuk menyatakan bilangan itu berbeza antara setempat dengan tempat yang lain. Simbol untuk menunjukkan bilangan juga dikenali dengan angka. Orang Rom dan Yunan menjadikan huruf-huruf abjad mereka sebagai simbol. Contohnya, I mewakili bilangan satu, II ialah dua, V bersamaan lima dan X bilangannya 10 manakala setiap penambahan dengan menambah simbol asal seperti XII ialah 12. Begitu juga Arab di zaman jahiliyyah menggunakan huruf Arab asal (abjad hawwaz) sebagai asas angka. Sistem ini dikenali sebagai “Hisab al- Jummal” dan terkenal di bahagian Arab Timur.

500 ث 60 س 8 ح 1 ا

600 خ 70 ع 9 ط 2 ب

700 ذ 80 ف 10 ي 3 ج

800 ض 90 ص 20 ك 4 د

900 ظ 100 ق 30 ل 5 ه

1000 غ 200 ر 40 م 6 و

300 ش 50 ن 7 ز

400 ت

Setelah kedatangan Islam, Islam menyanjung tinggi kepada ilmu dan menggalakkan umatnya mencari dan menyebarkan ilmu. Puncak kegemilangan ilmu ialah di zaman Abbasiyah di mana kerajaan Islam berjaya meneroka pelbagai bidang ilmu seperti ilmu astronomi, matematik, sains, perubatan dan sebagainya. Pelbagai teks purba daripada pelbagai bahasa juga diterjemah untuk memanfaatkan rahsia yang terkandung di dalamnya. Buku-buku juga banyak dikarang oleh para ilmuwan dan cendikiawan Islam hasil daripada pembacaan, pemerhatian dan kajian mereka yang teliti. Buku-buku karangan al-Khawarizmi contohnya yang bertajuk “Hisab al-jabr” dan “Penambahan dan pengurangan dalam Hisab India” merupakan asas aljebra atau algoritzma banyak memberi sumbangan dalam bidang matematik.

Hasil lambakan ilmu semasa kerajaan Abbasiyah ini, orang Arab mula menjadi celik ilmu. Sistem akauntansi menjadi makin penting dan menjadi suatu keperluan. Abjad tidak lagi sesuai digunakan dalam banyak urusan kira-kira dan perdagangan, terutamanya yang melibatkan angka yang terlalu kecil, nombor besar dan pecahan. Oleh itu orang Arab telah mula mencipta sistem penomboran Arab yang sistematik. Terdapat dua sistem yang digunapakai iaitu sistem penomboran yang diubahsuai daripada bangsa Sind, India. Sistem ini ada digunakan oleh al-Khawarizmi di dalam penulisan buku hisab beliau dan digunakan secara meluas di bahagian Arab Timur.

( Arab) ٠١ ٢ ٣ ٤ ٥ ٦ ٧ ٨ ٩
(Hindi)

Satu lagi sistem angka yang berasaskan sudut-sudut digunakan dengan meluas di Maghribi, Andalusia dan bahagian Arab barat yang terkenal dengan tulisan (khat) Kufi। Inilah angka-angka yang begitu meluas digunakan dizaman moden ini dan menjadi asas utama dalam sistem perkomputeran dan sebagainya..

(Lihat gambar di atas

Wa hadafi hisab- bermaksud "matlamatku ialah hisab" telah dijadikan angka mengikut bilangan sudutnya.।

Namun setelah terpisahnya Andalus daripada kerajaan Abbasiyah, kerajaan pusat Arab yang terletak di sebelah Timur telah menggunakan tulisan Arab Timur sebagai angka rasmi. Sementara di bahagian Arab Afrika Utara dan Andalusia masih mengekalkan sistem angkanya. Andalusia merupakan pusat pengajian utama di ketika itu. Orang-orang Eropah yang masih dalam zaman kegelapan datang ke Andalusia menuntut pelbagai ilmu dan mereka membawa bersama mereka sistem penomboran Arab ini. Seterusnya sistem angka ini dikenali sebagai sistem angka Arab dan digunapakai oleh semua bangsa walaupun orang Arab tidak menggunakannya। Wa'Llahu A'lam..

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق