Huruf Dhad ( ض ) ialah satu daripada 38 huruf dalam tulisan Jawi. Ia juga salah satu daripada 28 huruf bahasa Arab. Selain dari itu ia juga menjadi huruf dalam bahasa
Orang Arab amat berbangga dengan huruf ini sehingga mereka menggelarkan bahasa mereka dengan panggilan “Lughat al-dhad” atau bahasa Dhad. Mereka mengakui bahasa Arablah satu-satunya bahasa yang mempunyai sebutan ini. Dakwaan ini memang mempunyai bukti sejarah yang kukuh kerana huruf atau sebutan dhad didapati hanya muncul di
Sebutan huruf ad-dhad yang asli di dalam bahasa Arab keluar dari sepanjang tepi lidah yg ditekankan pada geraham atas. Ia juga berhampiran dengan tempat keluar huruf zo,zai dan tha iaitu antara hujung gigi atas dan bawah dan keluar melalui hujung lidah. Ini menyebabkan ramai yang mengambil jalan mudah menyamakan sebutan huruf dhad dengan zo dan zai sebagaimana yang terjadi di negara-negara Arab sendiri seperti dialek Arab Irak dan Maghribi dan lain-lain. Sebutan dhad bagi bahasa
Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia sebagai panduan mengemudikan kehidupan ini mempunyai banyak keistimewaan dan mukjizat yang hanya Penciptanya yang lebih mengetahui. Begitu juga dengan setiap sebutan di dalamnya adalah istimewa. Oleh itu marilah kita sama-sama belajar menyebutnya dengan betul untuk benar-benar mendapat manfaat daripadanya. Wa’Llahu a’lam
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق