الاثنين، ١٦ جمادى الأولى ١٤٣٠ هـ

Sebutan Allah


Antara contoh keindahan bahasa Arab ialah pada perkataan "Allah"। Sebutan nama Allah S।W।T. mempunyai intonasi tersendiri pada lidah manusia dan mempunyai keistimewaan. Tidak seperti perkataan lain, komponen hurufnya terbina dari alif, lam dan ha. Sebutannya keluar dari rongga kerongkong dan tidak dari bahagian bibir, oleh itu sebutannya tidak melekat di bibir sehingga sesiapa yang menyebut perkataan ini tidak menampakkan riak diwajahnya. Mengingati nama Allah dan menyebutnya adalah bila-bila masa tanpa disedari oleh sesiapa pun kecuali Allah S.W.T. yang tentunya Maha mendengar seruan hambaNya. Nama Allah ini juga unik kerana walau dibuang satu hurufnya ia tetap bermaksud Allah. Cuba kita perhatikan:

Perkataan ini apabila dibariskan akhir hurufnya berbunyi "Allahu".

Apabila dibuang alif (a) didepannya maka ia berbunyi "Lillahi"

Apabila dibuang huruf alif dan lam yang pertama (al) maka ia berbunyi "Lahu" juga bermakna Allah sebagaimana ayat "Lahu ma fis samawaati wal ardh"

Apabila dibuang lam yang pertama sahaja, bunyinya ialah "Ilaah" bermakna Allah sebagaimana ayat "Huwallazi la Ilaaha illa Hu"

Apabila dibuang huruf alif, dan kedua-dua lam (alla) maka bunyinya menjadi "Hu". Ia tetap menunjukkan makna Allah sebagaimana ayat:

" Huwallazi la ilaaha illa Hu".

Dialahsahaja tuhan yang satu, tiada tuhan selain dari Allah.

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق